Berita

Kerajaan Pahang kenalpasti tapak baharu cawangan sekolah rendah tahfiz di Lipis

Kerajaan Pahang kenalpasti tapak baharu cawangan sekolah rendah tahfiz di Lipis

​KUANTAN, 25 April 2022 - Kerajaan Pahang telah mengenalpasti tapak baharu bagi pembinaan Sekolah Rendah Tahfiz di Padang Tengku, Lipis. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, tapak itu telah dipersetujui oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
PAIP tambah 50 peratus kapasiti air bersih di LRA Merapoh

PAIP tambah 50 peratus kapasiti air bersih di LRA Merapoh

KUANTAN, 23 April 2022 - Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam proses menambah kapasiti pengeluaran air bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Merapoh, Lipis sebanyak 50 peratus melalui kerja menaiktaraf pam air bersih. Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, YBhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata projek bernilai RM464,700 ini telah mula dijalankan bermula 21 Februari lepas.
PKPP sumbang rm620,200 bantuan Aidilfitri kepada peserta tujuh rancangan sosial

PKPP sumbang rm620,200 bantuan Aidilfitri kepada peserta tujuh rancangan sosial

​LIPIS, 17 April 2022 - Bantuan Aidilfitri kepada peserta di tujuh buah Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di harap dapat meringankan beban setiap penerima. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan Hari Raya Aidil Fitri kepada Peserta Rancangan Sosial PKPP merupakan salah satu tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap peserta-peserta rancangan sosial PKPP bagi meringankan beban perbelanjaan mereka.
Bayi di Benta diraikan sempena Program Pride Kid Parlimen Lipis

Bayi di Benta diraikan sempena Program Pride Kid Parlimen Lipis

​LIPIS, 24 Januari 2022 - Dua bayi di Kampung Sama, Benta diraikan pada pelancaran Program Pride Kid Parlimen Lipis, Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, program berkenaan yang dilancarkan seluruh Pahang menjadi satu usaha Kerajaan Negeri dalam memelihara kebajikan bayi-bayi yang baru dilahirkan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 819 kali.


Kembali ke Atas