Berita
YAB Menteri Besar Pahang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
LIPIS, 22 Januari 2023 - YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jerkoh, Lipis hari ini.
Kehadiran beliau diiringi isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed.
Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Lipis, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, YB Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Daerah Lipis, Tan Sri Lim Sing@Lam Kam Sang dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.
Kembali ke Atas