Berita

Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai telah beroperasi

RMS

LIPIS, 15 Januari 2020 - Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai (Pejabat Sementara) telah mula beroperasi di bangunan Balai Perjumpaan Kg Bukit Betong, Mukim Batu Yon 1 (berhadapan SK Batu Yon, bersebelahan Balai Penghulu Mukim Batu Yon 1).

Kaunter kutipan cukai tanah akan dibuka pada hari ini dan seterusnya manakala bagi perkhidmatan lain akan ditambah dari semasa ke semasa. Waktu operasi adalah bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, tetapi waktu kaunter sehingga jam 3.00 petang setiap hari. Pada hari jumaat, kaunter dibuka sehingga jam 12.00 tengah hari. 

Semoga perkhidmatan ini dapat memberi manfaat sewajarnya kepada penduduk sekitar Mukim Batu Yon 1, Batu Yon 2, Ulu Jelai seterusnya kepada penduduk di daerah Lipis secara amnya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 260 kali.


Kembali ke Atas