Berita

Bayi di Benta diraikan sempena Program Pride Kid Parlimen Lipis

RMS

LIPIS, 24 Januari 2022 - Dua bayi di Kampung Sama, Benta diraikan pada pelancaran Program Pride Kid Parlimen Lipis, Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, program berkenaan yang dilancarkan seluruh Pahang menjadi satu usaha Kerajaan Negeri dalam memelihara kebajikan bayi-bayi yang baru dilahirkan.

“Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) ini merupakan salah satu program yang ditawarkan di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang. “Semoga bayi yang lahir pada tahun 2022 ini menjadi kebanggaan keluarga dan negeri Pahang di masa akan datang,” katanya. Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Bahagian Lipis, Puan Norlisa Khalimi.

Dalam pada itu beliau berharap agar rakyat di negeri ini terus memberikan sokongan kepada usaha Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan setiap golongan terutamanya yang memerlukan. 


Oleh : Fairus Mohd -PAHANGMEDIA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 13 kali.


Kembali ke Atas