Berita

MB Pahang selesai buang undi di Sk Tanjung Gahai, Kuala Lipis

RMS

LIPIS, 19 November 2022 -  YAB Menteri Besar Pahang yang juga calon DN Jelai, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai di sini kira-kira jam 8.37 pagi ini. Beliau yang berbaju kemeja putih tiba kira-kira jam 8.30 pagi membuang undi di saluran satu pusat mengundi berkenaan.

Menteri Besar Pahang ke-14 yang juga penyandang DN Jelai sejak tahun 2004 itu berdepan saingan tiga penjuru menentang calon dari PN, Dr. Abdul Rasid Mohamad Ali dan Ismail Muhamad Husin dari PH. Pada PRU Ke-14 lalu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy memenangi kerusi DN Jelai dengan undi sebanyak 5,858 (majoriti 3,507 undi) menewaskan tiga saingan dari parti lawan. Menteri Besar Pahang yang juga calon DN Jelai, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai di sini kira-kira jam 8.37 pagi ini.

Sementara itu beliau yang ditemui bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum kali ini.Menurutnya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian yang berjalan lancar pagi ini biarpun pengundi masih perlu mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Alhamdulillah, hari ni cuaca pun baik ramai yang keluar mengundi dan saya berdoa pengundi di Pahang dapat membuat pilihan yang tepat demi kelangsungan pencapaian yang telah kita buat selama selepas PRU Ke 14 sehingga dibubarkan.“Selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak, kita sayang Negeri Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA



Oleh : Fairus Mohd Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 11 kali.


Kembali ke Atas