Berita

Majlis Penghargaan sempena Pertukaran Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

RMS

LIPIS, 15 Disember 2021 - Satu majlis penghargaan sempena pertukaran pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan dengan pematuhan SOP. Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada lima orang pegawai yang telah bertukar jabatan.

Mendahului senarai adalah Puan Siti Fatimah Noor binti Abd Jabar, Penolong Pegawai Daerah (Unit Pelupusan dan Pembangunan Tanah) yang akan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Raub. Seterusnya Encik Muhammad Aizat bin Abdul Razak, Penolong Pegawai Daerah (Unit Kuatkuasa Teknikal dan Hasil) yang akan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Turut diraikan Puan Norlaila binti Ab. Lah, Pembantu Tadbir Kewangan yang bertukar ke SMA Al Maidah Addiniyah Padang Tengku serta dua orang Pembantu Tadbir Kewangan lantikan kontrak yang telah menerima lantikan tetap. Pegawai tersebut adalah Encik Mohd Syuzairi bin Shahrir yang telah bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Rompin serta Puan Norhafizah binti Abd Karim yang telah bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Maran.

Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dalam ucapannya merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis kepada semua pegawai yang bertukar.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 53 kali.


Kembali ke Atas