Berita

Kerajaan Pahang sumbang RM15,000 bantu pesakit kronik dan baiki rumah

RMS

LIPIS, 17 Julai 2021: Kerajaan Pahang terus prihatin terhadap nasib rakyat di negeri ini yang kurang bernasib baik dengan menyumbangkan sejumlah RM15,000 kepada empat pesakit kronik di kawasan Dewan Negeri Benta. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Benta, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak ketika mengunjungi ke kediaman semua penerima.

YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi berkata, setiap pesakit diberikan cek bernilai RM3,000 dengan jumlah keseluruhan RM12,000 manakala seorang lagi penerima mendapat bantuan memperbaiki rumah juga dengan amaun sama.“Bantuan ini diberikan kepada semua penerima yang memerlukan terutama mereka yang menghidap penyakit kronik yang pastinya memerlukan rawatan khusus,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) baru-baru ini.

Penerima bantuan pesakit kronik ialah Encik Hashim Munab dan Encik Yap Yuen Heng dari Taman Sri Jerkoh, Benta, Encik Bachit Salim dari Kampung Sama, Benta dan Puan Zabedah Abd Hamid dari Kampung Chat, Benta. Manakala, penerima bantuan untuk memperbaiki rumah pula ialah Encik Subramaniam Athimulam dari Taman Sama Jerkoh, Benta.

Beliau berharap bantuan daripada Kerajaan Negeri ini akan dapat membantu meringankan beban penerima terutama ketika pandemik kini. 

Oleh: Fansurina Abdullah

PAHANGMEDIA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas