Berita

COVID-19 : Satu kluster baharu di Lipis, 21 dikesan positif

RMS

LIPIS, 21 Julai 2021 - Terdapat satu kluster baharu dilaporkan hari ini di Lipis dengan 21 individu dikesan positif COVID-19. Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata kluster ini dinamakan Kluster Nabun, Lipis.

“Kluster ini mula dilaporkan pada 19 Julai 2021 di daerah Lipis. Nama kluster merujuk kepada tempat berlakunya kluster ini iaitu di Kampung Melayu Nabun, Benta. Kes indeks adalah seorang pemandu lori persendirian. Kes mengangkut minyak diesel dan menghantar ke kawasan di sekitar daerah Raub dan Lipis.

“Kluster dikesan hasil saringan bergejala isteri kepada kes indeks. Isteri kes hanyalah seorang suri rumah dan tidak mempunyai sejarah pergerakan keluar daerah.

“Isteri kes membuat RTK di klinik kesihatan pada 16 Julai 2021 dan keputusan adalah positif. Keluarga kes seramai lima orang seterusnya disaring pada hari yang sama dengan swab PCR. Seramai 25 orang telah disaring dan seramai 21 orang telah dikesan positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata terdapat 14 kluster aktif mencatatkan pertambahan kes dikesan positif COVID-19 hari ini iaitu sebanyak 154 kes.

Oleh : Ain Nadhirah Basha

PAHANG MEDIA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas