Berita

COVID-19 : Satu kluster baharu di Lipis, 16 dikesan positif

RMS

LIPIS, 21 Julai 2021 - Terdapat satu kluster baharu dilaporkan hari ini di Lipis dengan 16 individu dikesan positif COVID-19. Kluster ini mula dilaporkan pada 28 Julai 2021 di daerah Lipis. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat berlakunya kluster ini iaitu di premis perniagaan.

Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang pemandu lori tong gas yang mempunyai sejarah pergerakan ke Gombak, Selangor untuk mengisi semula tong gas. Kes mula bergejala demam pada 19 Julai 2021. Kes mendapatkan rawatan pada 23 Julai 2021 untuk mendapatkan rawatan susulan di mana ujian RTK-Ag dilakukan pada hari tersebut dilaporkan positif. 

Kluster ini dikesan hasuil saringan kontak rapat rakan sekerja, kontak keluarga dan kontak sosial. Seramai 8 orang kontak rapat didapati positif hasil saringan tersebut. Sehingga 28 Julai 2021, seramai 41 individu dalam kluster ini telah disaring dan 16 kes dikesan positif COVID-19.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas