Berita

COVID-19 : Satu kluster baharu di Lipis, 11 dikesan positif

RMS

LIPIS, 30 Julai 2021 - Terdapat satu kluster baharu dilaporkan hari ini di Lipis dengan 11 individu dikesan positif COVID-19. Kluster ini mula dilaporkan pada 29 Julai 2021 di daerah Lipis. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat berlakunya kluster ini iaitu di Felda Sungai Koyan 3. Kes indeks menunjukkan gejalan ringan pada 23 Julai 2021.

 Kluster dikesan hasil saringan bergejala seramai 5 orang penduduk di lokasi berkenaan. Siasatan lanjut mendapati 5 orang tersebut  ada hubung kait dengan kes indeks. Seramai 101 kontak rapat telah dikenalpasti dan 11 kes dikesan positif COVID-19. Dengan kewujudan kluster ini, Perintan Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan bermula pada 31 Julai 2021 hingga 13 Ogos 2021 di kawasan Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas