Berita

83 mangsa banjir di Lipis dan Raub dipindahkan ke PPS

RMS

KUANTAN, 3 November 2022 - Seramai 83 mangsa daripada 22 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah iaitu Raub dan Lipis dalam kejadian banjir awal pagi tadi. Di Daerah Raub membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Batu Talam, Kampung Ulu Atok dan Kampung Jenud melibatkan 14 buah rumah dengan 64 mangsa. Kesemua mereka telah dipindahkan ke PPS Balai Raya Batu Talam dan PPS SK Ulu Atok. Banjir dilaporkan berlaku ekoran hujan lebat hingga menyebabkan limpahan air Sungai Batu dan Sungai Semantan.

Manakala bagi Daerah Lipis pula, seramai 19 mangsa daripada lapan keluarga membabitkan Kampung Lubuk Kulit telah dilaporkan seawal jam 1 pagi.

Kejadian berlaku akibat hujan lebat yang mengakibatkan limpahan air Sungai Telang dan anak sungai di kawasan Lubuk Kulit.

Kesemua mangsa telah dipindahkan ke PPS SK Lubuk Kulit. – PAHANGMEDIA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas