Arkib Berita

Skim simpanan dan kesihatan berkelompok oleh CUEPACS untuk penjawat awam

Skim simpanan dan kesihatan berkelompok oleh CUEPACS untuk penjawat awam

​LIPIS, 6 Oktober 2020 - Taklimat Program Kebajikan anjuran CUEPACS telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan skim simpanan dan kesihatan berkelompok yang istimewa bagi kakitangan perkhidmatan awam sahaja. Seramai 40 orang kakitangan telah menyertai taklimat ini.
Majlis Makan Malam BKDR Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2020 meriah

Majlis Makan Malam BKDR Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2020 meriah

​PASIR PUTEH, 3 Oktober 2020 - Majlis Makan Malam Badan Kebajikan dan Rekreasi (BKDR) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2020 telah diadakan di Dewan Utama Sri Aman, Tok Aman Bali Beach Resort. Seramai 211 orang termasuk ahli dan keluarga telah memeriahkan majlis makan malam tersebut. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dijalankan sempena Hari Keluarga BKDR.
4 bintang milik PDT Lipis dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah tahun 2020

4 bintang milik PDT Lipis dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah tahun 2020

​LIPIS, 30 September 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diperakukan penarafan 4 bintang dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah tahun 2020. Penarafan ini diumumkan oleh Ketua Panel Penilai, Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Turut hadir semasa sesi "Exit Conference" adalah Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dan pegawai yang terlibat di dalam proses penilaian. Sesi penilaian yang berlangsung selama 2 hari ini adalah merangkumi semua aspek berkaitan pengurusan organisasi, perkhidmatan teras iaitu pengurusan tanah dan pengurusan pelanggan.
Taklimat penggunaan sistem "Database ICT Asset" (DICTA)

Taklimat penggunaan sistem "Database ICT Asset" (DICTA)

​LIPIS, 1 Oktober 2020 - Sesi taklimat berkaitan Sistem Pengkalan Data Aset ICT (DICTA) telah dilaksanakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Sistem ini adalah projek inovasi yang dicetuskan oleh Kumpulan Novator iaitu KIK PDT Lipis yang dipertandingkan di Majlis Persada Inovasi PDT Negeri Pahang di Pahang Skills pada 27 Ogos yang lalu. Sistem DICTA ini secara umumnya merupakan sistem bagi carian aset ICT yang ditambahbaik daripada sistem yang sedang digunapakai di jabatan buat masa ini. Sistem ini menggunakan Google Apps Sheet sebagai platform bagi aplikasi mudah alih dan ianya boleh dimuatturun di Google PlayStore dan AppStore.
Majlis Pertukaran Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Daerah

Majlis Pertukaran Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Daerah

​LIPIS, 1 Oktober 2020 - Pertukaran tempat kerja di dalam perkhidmatan awam adalah perkara yang harus dihadapi oleh mana-mana penjawat awam. Majlis perpisahan staf Bahagian Pengurusan Daerah kali ini telah diadakan secara sederhana bagi menghargai khidmat bakti yang telah diberikan oleh Puan Nur Adibah binti Abdul Talib.
50 anak yatim PKAYIA Lipis terima sumbangan daripada Ko-Makmur Kuantan, Mara Pahang dan Rural Capital Berhad

50 anak yatim PKAYIA Lipis terima sumbangan daripada Ko-Makmur Kuantan, Mara Pahang dan Rural Capital Berhad

​LIPIS 28 September 2020 - Tergambar perasaan gembira dan ceria malah tidak terungkap dengan kata-kata seramai 50 orang anak yakim di bawah jagaan Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam Al-Ihsan (PKAYIA) Lipis apabila menerima sumbangan sebuah van sekolah dan sumbangan zakat dalam satu majlis di asrama PKAYIA Sungai Kerpan di sini kelmarin. Van sekolah bernilai RM43,000 merupakan sumbangan Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) bersama Makmur Gold Holding Sdn. Bhd, Kuantan manakala Rural Capital Berhad sebuah syarikat di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyumbangkan wang zakat bernilai RM5,000 dan sejumlah RM6,000 untuk pengurusan asrama PKAYIA Lipis.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 553 kali.


Kembali ke Atas