Arkib Berita

​Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Lipis bagi tahun 2020

​Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Lipis bagi tahun 2020

LIPIS, 16 Oktober 2020 - Mesyuarat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) bagi Daerah Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan pada jam 3.00 petang. Dianggarkan 70 orang penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lipis merangkap Pengerusi PEMADAM bagi Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim.
Majlis Perpisahan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pengurusan Tanah

Majlis Perpisahan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pengurusan Tanah

​LIPIS, 16 Oktober 2020 - Majlis perpisahan sempena pertukaran Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Tanah, Encik Azmil Hadid bin Maznan telah diadakan dalam satu majlis ringkas. Beliau telah ditukarkan ke Pejabat Daerah dan Tanah Bentong berkuatkuasa 2 Oktober 2020 namun memohon perlepasan bagi menyelesaikan tugasan sebelum bertukar.
Majlis Persaraan Staf Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Tanah

Majlis Persaraan Staf Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Tanah

LIPIS, 16 Oktober 2020 - Majlis persaraan bagi Encik Thanabalan a/l Suppiah telah diadakan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti yang diberikan oleh beliau sepanjang perkhidmatan awam. Hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Majlis ini diadakan secara sederhana oleh staf Unit Pendaftaran.
​Program Pahang Berdoa di daerah Lipis

​Program Pahang Berdoa di daerah Lipis

LIPIS, 14 Oktober 2020 - Kira-kira 70 orang jemaah dari daerah Lipis telah datang bagi mengimarahkan suasana di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis bagi Program Pahang Berdoa. Program ini diadakan serentak oleh seluruh rakyat di Negeri Pahang samada di masjid, surau, maahad-maahad tahfiz, di asrama sekolah-sekolah, di rumah anak yatim dan dimana-mana sahaja.
Rumah Rakyat Pahang (RRP) bantu golongan kurang berkemampuan miliki rumah

Rumah Rakyat Pahang (RRP) bantu golongan kurang berkemampuan miliki rumah

​LIPIS, 07 Oktober 2020 - Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato' Mustapa Bin Long meninjau projek pembinaan Rumah Rakyat Pahang untuk penduduk yang kurang berkemampuan, En. Rosli Mat Yasin di Kampung Balik Gua, disini hari ini. Pada 18 Jun Lalu, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah melancarkan projek Rumah Rakyat Pahang di Chini bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri.
Kaunter Bergerak TH Cawangan Lipis buka kaunter untuk mudahkan urusan

Kaunter Bergerak TH Cawangan Lipis buka kaunter untuk mudahkan urusan

​LIPIS, 6 Oktober 2020 - TH Cawangan Lipis telah membuka kaunter bergerak di ruang legar Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Program seumpamanya adalah program kali kedua diadakan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari kakitangan dan orang awam yang mendapat hebahan berkaitan pembukaan kaunter bergerak di sini.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 553 kali.


Kembali ke Atas