Arkib Berita

Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

LIPIS, 10 Disember 2020 - Perhimpunan bulan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di perkarangan pejabat. Perhimpunan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu "Allah Selamatkan Sultan Kami" dan Lagu Perkhidmatan Awam yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh pegawai dan kakitangan jabatan.
Anak yatim, kakitangan PKAYIA teruja terokai Gua Bama

Anak yatim, kakitangan PKAYIA teruja terokai Gua Bama

‚ÄčLIPIS, 8 November 2020 - Mendaki bukit atau gunung dan juga bereksplorasi di dalam gua merupakan aktiviti ekstrem yang kerap dilakukan oleh penggiat alam sekitar dan para pelajar menerusi kegiatan cuti hujung minggu dan hari tertentu.
Taklimat Penggunaan Webmel Pahang dan EPSA di PDT Lipis

Taklimat Penggunaan Webmel Pahang dan EPSA di PDT Lipis

LIPIS, 5 November 2020 - Taklimat Pengguna Emel Rasmi Pahang (Webmel Pahang) dan e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini disampaikan oleh wakil Unit Teknologi Maklumat jabatan. Taklimat ini dihadiri oleh 27 orang staf kumpulan sokongan.
Ceramah Kenali Ubat Anda anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis

Ceramah Kenali Ubat Anda anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis

LIPIS, 3 November 2020 - Ceramah Kenali Ubat Anda anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan Jabatan Farmasi, Hospital Kuala Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan. Ceramah ini dihadiri oleh 42 orang staf Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
SISPAA bantu memperkasa sistem pengurusan aduan jabatan

SISPAA bantu memperkasa sistem pengurusan aduan jabatan

LIPIS, 2 November 2020 - Taklimat Sistem Pengurusan Aduan (SISPAA) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Bilik Millington. Seramai 13 orang kakitangan yang merupakan jawatankuasa pengurusan aduan jabatan telah terlibat di dalam taklimat itu.
Perhimpunan Bulanan, Majlis Penghargaan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

Perhimpunan Bulanan, Majlis Penghargaan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

‚ÄčLIPIS, 23 Oktober 2020 - Perhimpunan dan Majlis Penghargaan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis kira-kira jam 3.00 petang. Majlis itu dihadiri oleh Pegawai Daerah, para pegawai dan staf Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Antara objektif majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan khidmat bakti pegawai yang telah bertukar ke jabatan lain.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 553 kali.


Kembali ke Atas