Arkib Berita

​KDYMM SPB YDPA kurnia sumbangan untuk mangsa banjir

​KDYMM SPB YDPA kurnia sumbangan untuk mangsa banjir

LIPIS, 7 Januari 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk bercemar duli bagi meninjau situasi bencana banjir di daerah Lipis. Seri Paduka Baginda mendarat di Kem 8 RAMD Kuala Lipis dengan menaiki helikopter dan diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Trak Petronas ROVR bergerak ke daerah Lipis, bantu misi operasi banjir

Trak Petronas ROVR bergerak ke daerah Lipis, bantu misi operasi banjir

​LIPIS, 6 Januari 2021 - Trak Petronas ROVR bergerak telah didatangkan khas dari Cyberjaya untuk membantu operasi banjir di daerah Lipis. Perkhidmatan ini disediakan sehingga hari Jumaat, 8 Januari 2021.
KDYMM PRP bercemar duli melawat mangsa banjir di Benta

KDYMM PRP bercemar duli melawat mangsa banjir di Benta

LIPIS, 6 Januari 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah perkenan bercemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Budu, PPS SK Benta, PPS Taman Teratai, DUN Benta, Pahang.
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lipis mula dibuka

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lipis mula dibuka

​LIPIS, 3 JANUARI 2021 - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi daerah Lipis telah dibuka kira-kira jam 8.00 malam. Ini adalah kerana terdapat beberapa kawasan yang mengalami peningkatan aras air seterusnya mengakibatkan banjir di beberapa tempat sekitar daerah Lipis.
PDT Lipis selangkah ke arah pensijilan ISO 9001:2015

PDT Lipis selangkah ke arah pensijilan ISO 9001:2015

LIPIS, 29 Disember 2020 - Bengkel Pemahaman Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diadakan pada 28 dan 29 Disember di Bilik Gerakan. Bengkel ini dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting selaras dengan pembudayaan norma baharu.
Persediaan menghadapi banjir di dalam norma baharu

Persediaan menghadapi banjir di dalam norma baharu

LIPIS, 29 Disember 2020 - Taklimat Norma Baharu Persediaan Menghadapi Banjir Daerah Lipis bagi tahun 2020/2021 telah diadakan di Dewan Residen, Kuala Lipis. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nor Atiqah binti Mat Yunus iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Daerah) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 553 kali.


Kembali ke Atas