Arkib Berita

Pahang 360 200

Penduduk Kampung Mentara Baru di Lipis syukur dapat talian 4G

​LIPIS, 8 September 2021- Penduduk Kampung Mentara Baru di sini melahirkan rasa gembira dan syukur selepas kampung berkenaan kini telah mendapat perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik melalui rangkaian 4G. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), Tuan Haji Zakaria Nor, walaupun lokasi kampung yang jauh dari bandar Kuala Lipis dan terletak hampir dengan sempadan negeri Pahang dan Kelantan, namun perkhidmatan internet tanpa wayar yang disediakan oleh Kerajaan akhirnya sampai juga ke kampung tersebut.
Penduduk Kampung Relai kini terima talian 4G

Penduduk Kampung Relai kini terima talian 4G

LIPIS, 22 Ogos 2021- Kerja-kerja pembinaan stesen pemancar sementara di Kampung Relai, Lipis kini telah siap sepenuhnya dan beroperasi sejak tiga hari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, penduduk kampung berkenaan kini dapat menikmati internet jalur lebar berkelajuan 4G sekaligus ianya memudahkan pembelajaran anak-anak yang terlibat dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Dua kampung orang asli kawasan DUN Padang Tengku capai imuniti kelompok

Dua kampung orang asli kawasan DUN Padang Tengku capai imuniti kelompok

LIPIS, 2 Ogos 2021 - Seramai 110 penduduk Orang Asli yang layak menerima vaksin COVID-19 daripada Kampung Paya Keladi, Chegar Perah dan Kampung Bechah Kelubi, Telok Gunung di sini telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin mereka.
COVID-19 : Satu kluster baharu di Lipis, 11 dikesan positif

COVID-19 : Satu kluster baharu di Lipis, 11 dikesan positif

​​LIPIS, 30 Julai 2021 - Terdapat satu kluster baharu dilaporkan hari ini di Lipis dengan 11 individu dikesan positif COVID-19. Kluster ini mula dilaporkan pada 29 Julai 2021 di daerah Lipis. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat berlakunya kluster ini iaitu di Felda Sungai Koyan 3. Kes indeks menunjukkan gejalan ringan pada 23 Julai 2021.
COVID-19 : Satu kluster baharu di Lipis, 16 dikesan positif

COVID-19 : Satu kluster baharu di Lipis, 16 dikesan positif

​LIPIS, 28 Julai 2021 - Terdapat satu kluster baharu dilaporkan hari ini di Lipis dengan 16 individu dikesan positif COVID-19. Kluster ini mula dilaporkan pada 28 Julai 2021 di daerah Lipis. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat berlakunya kluster ini iaitu di premis perniagaan.
Penduduk Kampung Relai bersyukur pembinaan stesen pemancar sementara

Penduduk Kampung Relai bersyukur pembinaan stesen pemancar sementara

​LIPIS, 27 Julai 2021 - Penduduk Kampung Relai mengucapkan syukur dengan pembinaan stesen pemancar sementara di kampung mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Relai, Encik Mohamad Mad Jali berkata keputusan membina stesen pemancar sementara ini dapat menyelesaikan masalah capaian internet yang telah lama berlaku di kampung berkenaan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 553 kali.


Kembali ke Atas