Arkib Berita

Ke arah mewujudkan penyediaan kemudahan awam kampung yang lebih efisen

Ke arah mewujudkan penyediaan kemudahan awam kampung yang lebih efisen

​LIPIS, 13 Mac 2020 - Taklimat Projek Penentuan Sempadan Kampung dan Penandaan Kedudukan Spatial Kemudahan Awam Kampung di Semenanjung Malaysia dan Labuan telah berlangsung bermula 10 sehingga 13 Mac 2020 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini disertai oleh 12 orang penghulu mukim, pengerusi dan setiausaha daripada 81 buah JKKK di seluruh daerah Lipis.
Merapoh Cave Run and Fun Run 2020

Merapoh Cave Run and Fun Run 2020

LIPIS, 15 Februari 2020 - Merapoh Cave Run and Fun Run 2020 telah berlangsung di Merapoh, Lipis. Larian tersebut turut disertai oleh YH Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dan keluarga. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta tempatan dan luar. Seramai 400 peserta telah menyertai larian tersebut.
Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

​LIPIS, 17 Januari 2020 - Hari Bertemu Pelanggan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan Majlis Daerah Lipis telah diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis kira-kira jam 10.00 pagi. Program ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai kadar cukai tanah tahun 2020 dan penjelasan mengenai caj dan fi pihak berkuasa tempatan​.
Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai telah beroperasi

Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai telah beroperasi

​LIPIS, 15 Januari 2020 - Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai (Pejabat Sementara) telah mula beroperasi di bangunan Balai Perjumpaan Kg Bukit Betong, Mukim Batu Yon 1 (berhadapan SK Batu Yon, bersebelahan Balai Penghulu Mukim Batu Yon 1).
 Semakan semula kadar cukai tanah tidak membebankan

Semakan semula kadar cukai tanah tidak membebankan

​LIPIS, 11 JANUARI 2020 - Semakan semula kadar cukai tanah di negeri ini bermula tahun ini tidak membebankan golongan masyarakat berpendapatan rendah. Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini kerana kadar cukai tanah di negeri ini merupakan kadar paling rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Insentif RM200 bagi pasangan berkahwin di Negeri Pahang

Insentif RM200 bagi pasangan berkahwin di Negeri Pahang

LIPIS, 11 Januari 2020 - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk bayaran insentif bagi perkahwinan kali pertama kepada rakyat negeri ini bermula 1 Januari. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM200 ini akan diberikan kepada setiap pasangan tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 553 kali.


Kembali ke Atas