Arkib Berita

10 tan makanan untuk penduduk Pos Lenjang

10 tan makanan untuk penduduk Pos Lenjang

‚ÄčLIPIS, 27 Julai 2020 - Barangan keperluan harian seberat 10 tan dihantar menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke penempatan Orang Asli di Pos Lenjang, di sini yang terputus hubungan selepas kejadian banjir lumpur, kelmarin.Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin, berkata bantuan bencana bernilai RM85,000 itu disediakan sepenuhnya oleh kerajaan Pahang melalui JKM dalam usaha meringankan beban masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.
Kursus Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat PDT Lipis

Kursus Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat PDT Lipis

LIPIS, 23 Julai 2020 - Kursus Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat bagi pembantu tadbir telah dianjurkan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Unit Latihan telah menjemput Puan Shahidah binti Sulong, Perunding Latihan Kanan dari INTAN Wilayah Timur (INTIM), Kemaman, Terengganu.
Beri pendedahan,cegah kerosakan

Beri pendedahan,cegah kerosakan

LIPIS, 21 Julai 2020 - Kursus Asas Teknologi Maklumat yang diadakan di Bilik Gerakan PDT Lipis telah berjalan dengan lancar. Kursus ini melibatkan Pembantu Tadbir dari 12 pejabat mukim penghulu sekitar daerah Lipis serta kakitangan yang lain. Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Latihan dan Unit Teknologi Maklumat PDT Lipis.
Sumbangan wang tunai kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Lipis

Sumbangan wang tunai kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Lipis

‚ÄčLIPIS, 18 April 2020 - Ketua Penolong Pegawai Tanah, Encik Azmil bin Hadid telah mewakili Pegawai Daerah Lipis untuk menerima sumbangan wang tunai RM 1000. Sumbangan itu diserahlan oleh YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Daerah Lipis.
Meninggal dunia kerana sakit jantung, bukan kelaparan

Meninggal dunia kerana sakit jantung, bukan kelaparan

LIPIS, 15 APRIL 2020 - Warga emas yang tular di laman sosial kerana ditemui terbaring dalam keadaan lemah di tepi jalan di Lipis, Isnin lalu, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, berkata bedah siasat terhadap Lai Fah Kuen 72, telah dilakukan di Hospital Kuala Lipis semalam, bagi mengenal pasti punca kematian.
Sumbangan barangan keperluan asas kepada ahli Badan Kebajikan dan Rekreasi PDT Lipis

Sumbangan barangan keperluan asas kepada ahli Badan Kebajikan dan Rekreasi PDT Lipis

LIPIS, 2 April 2020 - Pengagihan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas kepada semua ahli Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis (BAHARU) telah bermula pada jam 9.00 pagi tadi. Ini adalah cetusan idea Yang Di Pertua bersama-sama ahli jawatankuasa badan kebajikan bagi membantu semua ahli. Sumbangan mula diagihkan di lobi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis mulai hari ini sehingga 4 April 2020.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 410 kali.


Kembali ke Atas