Berita Terkini

Lihat Semua
Rumah dinaiki air akibat banjir di Kampung Budu, Kuala Lipis

Rumah dinaiki air akibat banjir di Kampung Budu, Kuala Lipis

LIPIS, 07 Disember 2022 - Pada jam 8:00 pagi, pihak APM Lipis telah menerima panggilan daripada orang awam berkaitan banjir di Kg Budu, Pihak APM telah ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat mangsa dan membuat kerja-kerja menyelamat. Kejadian ini disebabkan oleh hujan lebat yang turun pada sekitar jam 10.00 malam pada 06/12/2022.​
Kerajaan Negeri ambil tindakan segera susulan kes serangan gajah di Simoi

Kerajaan Negeri ambil tindakan segera susulan kes serangan gajah di Simoi

LIPIS, 6 Disember 2022 - Kejadian seorang wanita maut akibat dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau Kuala Lipis awal pagi tadi mendapat perhatian Kerajaan Negeri. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, beliau telah menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan susulan sewajarnya.
MB Pahang selesai buang undi di Sk Tanjung Gahai, Kuala Lipis

MB Pahang selesai buang undi di Sk Tanjung Gahai, Kuala Lipis

LIPIS, 19 November 2022 - YAB Menteri Besar Pahang yang juga calon DN Jelai, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai di sini kira-kira jam 8.37 pagi ini. Beliau yang berbaju kemeja putih tiba kira-kira jam 8.30 pagi membuang undi di saluran satu pusat mengundi berkenaan.
83 mangsa banjir di Lipis dan Raub dipindahkan ke PPS

83 mangsa banjir di Lipis dan Raub dipindahkan ke PPS

​KUANTAN, 3 November 2022 - Seramai 83 mangsa daripada 22 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah iaitu Raub dan Lipis dalam kejadian banjir awal pagi tadi. Di Daerah Raub membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Batu Talam, Kampung Ulu Atok dan Kampung Jenud melibatkan 14 buah rumah dengan 64 mangsa.

Tender / Sebut Harga

Tiada tender / sebut harga pada masa ini.

Kalendar

Tiada acara pada masa ini.

Statistik Pelawat

1 Pelawat Di Talian
238 Hari Ini
169 Semalam
489 Minggu Ini
1020 Bulan Ini
146432 Jumlah Pelawat


Kembali ke Atas