Latar Belakang

Pejabat Daerah dan Tanah Lipis merupakan pusat pentadbiran daerah Lipis yang telah beroperasi seawal tahun 1919.

Matlamat Pejabat Daerah dan Tanah Lipis adalah untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi agar setanding dengan daerah-daerah lain dalam membangunkan negeri Pahang.

PDT Lipis berperanan penting dalam pentadbiran daerah ini dari segi pengurusan dan pembangunan daerah serta perkara-perkara berkaitan tanah. Bersesuaian dengan ini, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis mempunyai empat (4) bahagian, iaitu:

Bahagian Pengurusan Daerah
- menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, majlis/keraian dan pengurusan data 

Bahagian Pembangunan Daerah 
- menguruskan pembangunan daerah dari segi fizikal dan kemasyarakatan

Bahagian Pengurusan Tanah 
- menguruskan hal ehwal pendaftaran, hasil, penguatkuasaan undang-undang, pembangunan dan pelupusan tanah

Bahagian Perundangan 
- menguruskan hal - hal berkaitan perundangan

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah telah berpindah ke Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah yang bertempat di Bandar Baru Kuala Lipis. Pusat pentadbiran yang telah mula beroperasi  bermula April 2013 sehingga kini.


Tarikh Kemaskini: 26/11/2018 16:04:08

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 199 kali.


Kembali ke Atas