Berita

Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang baharu

RMS

PEKAN, 15 Mei 2018 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu di Istana Sultan Abu Bakar di sini, sebentar tadi.

Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands berusia 60 tahun, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri itu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawat jawatan itu selama empat penggal.

Pada Pilihan Raya Ke 14 (PRU14) lalu, Wan Rosdy menang dengan majoriti 3,507 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau menjadi ADUN Jelai sejak tahun 2004.

Barisan Nasional (BN) sebelum ini memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 35 pada 2013.

Biodata Menteri Besar Pahang yang baharu

  • Nama: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
  • Umur: 60 tahun
  • Pendikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian Pengkhusan Sains Politik
  • Diploma Pengajian Perdagangan ITM
  • Sekolah Rendah Cliffod, Lipis
  • Sekolah Menengah Cliffod, Lipis
  • Sekolah Menengah Mahmud, Raub
  • Jawatan dalam politik:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai (2004 hingga kini)
  • Ketua Bahagian UMNO Cameron Highlands (2003 hingga kini)
  • Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Cameron Highlands (2008 hingga kini)
  • Jawatan dalam badan bukan kerajaan
  • Ahli Lembaga Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) (2008 hingga kini)
  • Ahli Penasihat Pembangunan Masyarakat Orang Asli Kebangsaan (2008 hingga kini)
  • Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan Bernas Berhad (2004 hingga kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah Far East Delima (2004 hingga kini)


Sumber berita : https://www.bharian.com.my/ber...

Gambar : http://www.sinarharian.com.my/...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas