Berita

Trak Petronas ROVR bergerak ke daerah Lipis, bantu misi operasi banjir

RMS

LIPIS, 6 Januari 2021 - Trak Petronas ROVR bergerak telah didatangkan khas dari Cyberjaya untuk membantu operasi banjir di daerah Lipis. Perkhidmatan ini disediakan sehingga hari Jumaat, 8 Januari 2021.

Bekalan bahan api ini dibekalkan untuk kegunaan kenderaan agensi kerajaan yang terlibat di dalam menguruskan bencana banjir. Difahamkan, trak ini merupakan satu-satunya trak bahan api jenis petrol milik Petronas yang terdapat di Malaysia.
Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau turut diiringi oleh Pegawai Daerah, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim.

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#PahangGo
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas