Berita

Pemantapan produktiviti kerja pembantu tadbir

RMS

PEKAN, 13hb Julai 2018 – Satu lawatan kerja telah diadakan ke Pejabat Penghulu Mukim Pekan 1 yang diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Daerah) dan disertai oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Pembantu Tadbir (Pembangunan Masyarakat) dan seramai 11 orang  Pembantu Tadbir ( Mukim ).

Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberi motivasi kepada Pembantu Tadbir Mukim di samping memberi pengetahuan dan pengalaman baru, mencontohi gerak kerja yang lebih baik yang diamalkan oleh Pejabat Penghulu Pekan 1 untuk digunakan sebagai panduan pada masa hadapan.

Sesi pertama dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Penghulu Mukim Pekan 1, Tuan Haji Ihsan bin Haji Hamzah,PKC.,PJK. Beliau menerangkan peranan – peranan Pembantu Tadbir Mukim dan beliau memfokuskan lebih kepada tanggungjawab terhadap komuniti setempat yang berurusan di pejabat penghulu. Pembantu Tadbir Mukim juga didedahkan dengan pengurusan fail yang lebih efisyen dan teratur.

Seterusnya jam 2.30 petang lawatan diteruskan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang, Pekan yang diiringi oleh Cik Normah binti Mohd Yusof selaku Pengurus RTC Pahang dan Encik Hassan bin Mohamed Sukor, Penghulu Mukim Kuala Pahang. Disana Pembantu Tadbir Mukim didedahkan dengan fungsi dan peranan RTC kepada masyarakat setempat dan memaklumkan tentang kemajuan yang terdapat di Mukim Kuala Pahang seperti Penempatan Semula Rumah Setinggan Kuala Pahang dan juga Medan Ikan Bakar Kuala Pahang yang dikenali sebagai “ Di Kuala ”.

Selain itu, Pembantu Tadbir Mukim turut di dedahkan tentang Usahawan Sambal Hitam ZATY’S yang merupakan pemenang Anugerah Ikon Usahawan Wanita Pahang 2016. Beliau menceritakan tentang proses menyediakan Sambal Hitam dan bagaimana beliau bermula daripada Usahawan Kampung dan di ketengahkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dalam program – program usahawan seperti SDSI Wilayah Timur dan Kebangsaan serta penglibatan beliau dalam kursus – kursus yang dianjurkan oleh SME Corp, SIRIM, MESTI dan lain – lain. Program lawatan berakhir pada jam 5.00 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 54 kali.


Kembali ke Atas