Berita

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan

RMS

KUALA LIPIS, 5 Jun 2018 – Satu kejadian bencana  alam telah berlaku di Kampung Tanjung Besar Hulu dimana sebatang pokok durian tua telah menghempap rumah yang didiami oleh penduduk bernama Ahmad bin Sentol berusia 72 tahun. Kejadian berlaku kira - kira pada pukul 5.30 petang apabila hujan lebat disertai ribut yang kencang mengakibatkan struktur pokok durian milik mangsa patah lalu menghempap rumah mangsa.

Tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan menimpa mangsa dan empat orang lagi yang mendiami rumah tersebut kerana kerosakan berlaku di bahagian tempat letak kereta beliau sahaja. Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta Perodua Viva dan 2 buah motosikal rosak teruk. Pegawai Daerah Lipis iaitu Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP telah melawat tempat kejadian pada 9.30 malam.

Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Benta. Beberapa Anggota Pertahanan Awam (APM), penduduk kampung serta JKKK telah datang bersama–sama membersihkan rumah mangsa. Mangsa telah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lipis sebanyak RM500.00 untuk meringankan beban yang dihadapi mangsa.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 31 kali.


Kembali ke Atas