Berita

Laluan terputus setelah pokok tumbang

RMS

CHEKA 1, 1 Ogos 2018 – Wayar elektrik bervoltan tinggi telah tumbang akibat ditimpa oleh sebatang pokok. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 malam di hadapan rumah Puan Kiah di Kampung Mela. Menurut penduduk kampung, kejadian tersebut adalah disebabkan hujan yang berterusan yang bermula kira-kira jam 7.00 petang.

Sejurus selepas kejadian, jalan yang menghubungkan antara Kampung Redan, Kampung Samak Jani dan Kampung Limau Purut terputus. Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan laluan trafik kembali lancar selepas kerja pembersihan.

Penghulu Mukim Cheka 1 Encik Faiz Bin Abdullah dan JKKK Kampung Mela serta penduduk sekitar untuk meninjau kawasan kejadian.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 27 kali.


Kembali ke Atas