Berita

Taklimat Penggunaan Webmel Pahang dan EPSA di PDT Lipis

RMS

LIPIS, 5 November 2020 - Taklimat Pengguna Emel Rasmi Pahang (Webmel Pahang) dan e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini disampaikan oleh wakil Unit Teknologi Maklumat jabatan. Taklimat ini dihadiri oleh 27 orang staf kumpulan sokongan.

Sepanjang taklimat ini, peserta didedahkan dengan Peraturan Penggunaan E-Mel Rasmi Kerajaan Pahang yang terkandung di dalam Polisi Keselamatan Siber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Selain itu, peserta turut didedahkan cara menggunakan EPSA sebagai medium pembelajaran dalam talian dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Diharapkan dengan pendedahan berkaitan emel dan pembelajaran dalam talian ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta. Semoga taklimat seperti ini dapat membantu peserta dalam meningkatkan produktiviti kerja untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas