Berita

Taklimat penggunaan sistem "Database ICT Asset" (DICTA)

RMS

LIPIS, 1 Oktober 2020 - Sesi taklimat berkaitan Sistem Pengkalan Data Aset ICT (DICTA) telah dilaksanakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Sistem ini adalah projek inovasi yang dicetuskan oleh Kumpulan Novator iaitu KIK PDT Lipis yang dipertandingkan di Majlis Persada Inovasi PDT Negeri Pahang di Pahang Skills pada 27 Ogos yang lalu. Sistem DICTA ini secara umumnya merupakan sistem bagi carian aset ICT yang ditambahbaik daripada sistem yang sedang digunapakai di jabatan buat masa ini. Sistem ini menggunakan Google Apps Sheet sebagai platform bagi aplikasi mudah alih dan ianya boleh dimuatturun di Google PlayStore dan AppStore.

Pada sesi taklimat ini, pegawai dan kakitangan diberi penerangan yang jelas bagaimana ia berfungsi dan faedahnya kepada jabatan. Dengan penggunaan imbasan kod QR, ianya merupakan satu sistem yang dilihat mampu menambahbaik mutu pengurusan aset di jabatan khasnya aset ICT. Sistem ini dijangka akan digunakan sepenuhnya menjelang Disember 2020.

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas