Berita

Sumbangan wang tunai kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Lipis

RMS

LIPIS, 18 April 2020 - Ketua Penolong Pegawai Tanah, Encik Azmil bin Hadid telah mewakili Pegawai Daerah Lipis untuk menerima sumbangan wang tunai RM 1000. Sumbangan itu diserahlan oleh YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Daerah Lipis. Sumbangan itu turut serahkan kepada kepada jabatan – jabatan kerajaan di daerah Lipis iaitu PDRM , Hospital , Pejabat Kesihatan dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebagai tanda penghargaan kepada semua barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh PKP ini.

YDP juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga kerja yang terlibat yang telah menjalankan tugas masing - masing dengan baik bagi memastikan wabak Covid -19 ini dapat dibendung di Daerah Lipis. Turut sama menyampaikan sumbangan Ketua YH. Dato' Haji Abu Jimi bin Samat, Ketua Ahli Majlis , YH. Dato' Mohd Nazri bin Abdul Rafar, Encik Mohd Podzi bin Mat Saleh ,Ahli Majlis dan Puan Saharini binti Omar iaitu Ketua Jabatan Majlis Daerah Lipis.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas