Berita

Sumbangan barangan keperluan asas kepada ahli Badan Kebajikan dan Rekreasi PDT Lipis

RMS

LIPIS, 2 April 2020 - Pengagihan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas kepada semua ahli Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis (BAHARU) telah bermula pada jam 9.00 pagi tadi. Ini adalah cetusan idea Yang Di Pertua bersama-sama ahli jawatankuasa badan kebajikan bagi membantu semua ahli. Sumbangan mula diagihkan di lobi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis mulai hari ini sehingga 4 April 2020.

YH Dato' Pegawai Daerah mengingatkan semua ahli untuk sentiasa amalkan penjarakan sosial sekurangnya 1 meter dan menjaga kebersihan ketika mengambil sumbangan. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh semua ahli dan bersama-sama kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 ini akan segera diputuskan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 12 kali.


Kembali ke Atas