Berita

Sumbangan bagi mangsa bencana di Mukim Batu Yon 1

RMS

LIPIS, 22 Jun 2020 - Pegawai Daerah Lipis iaitu Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim telah menyampaikan sumbangan mewakili Kerajaan Negeri Pahang kepada mangsa bencana di Mukim Batu Yon 1. Turut hadir dalam penyampaian sumbangan itu adalah Encik Mohd Sahlan bin Suran iaitu Penghulu Mukim Batu Yon 1 dan wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis iaitu Puan Norsuriani binti Khamarludin (Pegawai Kebajikan Masyarakat) dan Encik Abdul Manaf bin Bujang (Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat). 

Kejadian ribut telah berlaku di Kampung Keledek pada 12 Jun 2020 yang mengakibatkan atap rumah ranap dihempap pokok yang tumbang setelah hujan lebat dan angin kencang. Dengan kerjasama Pengerusi JKKK dan penduduk kampung runtuhan tersebut telah diselesaikan secara bergotong royong. 


Sementara itu, kejadian kebakaran yang berlaku pada 19 Jun 2020 telah mengakibatkan kebakaran rumah kedai binaan separuh kekal dua (2) tingkat di Simpang Kampung Bukit Betong, Jalan Kg Keledek Lipis.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian yang berlaku. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mangsa ribut dan kebakaran.

#Pahang1st #MajuTerusPahang #PahangGo #COVID19 #PejabatDaerahdanTanahLipis

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas