Berita

Skim simpanan dan kesihatan berkelompok oleh CUEPACS untuk penjawat awam

RMS

LIPIS, 6 Oktober 2020 - Taklimat Program Kebajikan anjuran CUEPACS telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan skim simpanan dan kesihatan berkelompok yang istimewa bagi kakitangan perkhidmatan awam sahaja. Seramai 40 orang kakitangan telah menyertai taklimat ini. 

Pegawai taklimat, Encik Arshad Ahmad bin Muhd Asherof berkata penyakit kritikal semakin meningkat di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, beliau menyarankan kakitangan awam dan ahli keluarga mengambil kesempatan menyertai program ini kerana premiumnya lebih rendah berbanding dengan perlindungan polisi insurans perseorangan biasa dan premium terkumpul dikembalikan mengikut kadar-kadar yang ditetapkan.

Semoga program yang ini dapat dimanfaatkan oleh kakitangan awam terutamanya di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis sebagai langkah berjaga bagi menghadapi segala kemungkinan di hari mendatang. Sediakan payung sebelum hujan, itulah pepatah yang tepat bagi menggambarkan keperluan program seperti ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas