Berita

SISPAA bantu memperkasa sistem pengurusan aduan jabatan

RMS

LIPIS, 2 November 2020 - Taklimat Sistem Pengurusan Aduan (SISPAA) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Bilik Millington. Seramai 13 orang kakitangan yang merupakan jawatankuasa pengurusan aduan jabatan telah terlibat di dalam taklimat itu. 

SISPAA telah diperkenalkan pada pertengahan tahun 2019 yang berperanan sebagai medium bagi orang awam untuk membuat aduan kepada jabatan. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang, Encik Mohd Fadzlee bin Mat Yassin @ Adnan dan dibantu oleh Encik Bo Yamin bin Isa.

Taklimat ini bertujuan bagi memperkasakan pengurusan aduan di jabatan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan komuniti di daerah Lipis. Sebarang aduan berkaitan PDT Lipis boleh disalurkan ke laman sesawang https://pdtlipis.spab.gov.my atau menggunakan aplikasi Respon Rakyat yang boleh dimuat turun melalui PlayStore dan AppStore di telefon pintar.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2 kali.


Kembali ke Atas