Berita

Sesi cabutan kerja undi Bil. 2/2020

RMS

LIPIS, 3 Julai 2020 - Sesi cabutan kerja undi Bil. 2/2020 telah diadakan secara atas talian menggunakan FB LIVE dari Pejabat Daerah dah Tanah Lipis. Sesi cabutan ini adalah sesi cabutan kedua sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sebanyak 124 kontraktor berdaftar terlibat dalam sesi kali ini bagi undian 13 projek di seluruh Daerah Lipis.

Sesi ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Lipis, Dato Mohd Hafizi bin Ibrahim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Fizikal), wakil dari Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan dua orang wakil dari Persatuan Kontraktor Daerah Lipis. 


Diharapkan kontraktor yang berjaya dan lima kontraktor simpanan dapat melaksanakan projek yang telah dipertanggungjawabkan dengan jujur dan amanah supaya penduduk di daerah Lipis dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas