Berita

Semarakkan semangat patriotisme

RMS

LIPIS, 10 Ogos 2018 – Sempena Hari Kebangsaan 2018 yang bakal disambut oleh rakyat Malaysia tidak lama lagi, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah mengadakan program mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada pengguna jalan yang melalui jalan di antara Dataran Orang Kaya Haji dan bangunan TNB.

Program ini telah diketuai oleh Pegawai Daerah Lipis, Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP dan disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan di daerah Lipis. Program ini dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotik di dalam diri penduduk daerah Lipis. Program yang julung kali diadakan ini mendapat pandangan positif oleh oang ramai.

Tema Hari Kebangsaan 2018 telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu ‘Sayangi Malaysiaku‘. Sambutan pada tahun ini menjadi sejarah baru di bawah pentadbiran Malaysia Baru.

Bertepatan dengan tema tersebut, ia bagi memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sama-sama menzahirkan rasa cinta kepada negara yang tercinta, menerapkan amalan hormat menghormati sekaligus dapat mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.

 


Lihat gambar seterusnya dipautan http://pdtlipis.pahang.gov.my/...
                                               

 

 

 

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas