Berita

Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Negeri Pahang

RMS

LIPIS, 16 September 2018 - Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuSabahSarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sambutan ini telah dihadiri oleh YB Dato' Sri Ir.Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak (ADUN Benta), YB Encik Abd. Rahim Bin Muda (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Dan Tempatan Negeri Pahang) merangkap Pengerusi Sambutan Hari Malaysia, Dato' Abdul Rahman Mohamad iaitu Ahli Parlimen Lipis, Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP, Pegawai Daerah dan Tanah Lipis serta ketua jabatan, penjawat awam dan swasta, dan orang awam. Hampir 1500 orang telah bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini.

Pelbagai persembahan seperti tarian selamat datang, pengkisahan veteren ATM, persembahan sketsa kemerdekaan dan sebagainya telah disusun bagi mengisi Sambutan Hari Malaysia 2018. Sambutan dengan kerjasama dari Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Pahang ini berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

Gambar menarik seterusnya di http://pdtlipis.pahang.gov.my/...

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 55 kali.


Kembali ke Atas