Berita

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Lipis

RMS

LIPIS, 31 Ogos 2018 - Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Lipis telah berlangsung di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis dalam suasana yang meriah. Sambutan yang menjadi acara tahunan di daerah Lipis ini dihadiri oleh wakil kerajaan negeri Pahang iaitu YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamad, wakil YAB Menteri Besar Pahang, Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP, ketua - ketua jabatan dan orang awam.

Sambutan ini dimulakan dengan perarakan kontinjen-kontinjen perbarisan dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan mukim-mukim di daerah Lipis kira-kira jam 8.00 pagi. Sebanyak 35 kontinjen telah menyertai perarakan ini dengan penuh semangat patriotisme. Ikrar hari kemerdekaan dan rukun negara telah diketuai oleh Encik Ade Izzuan bin Abu Bakar dari SMK Setiawangsa, Kuala Lipis.  

Pelbagai persembahan telah dirancang bagi mengisi aturcara program. Antaranya Koir IPGKTAA yang menyanyikan lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Sayangi Malaysiaku. Pelajar dari SMK Chung Hwa pula telah mempersembahkan persembahan Gendang Cina dan tarian. Tarian Lodeh Mak Lodeh oleh pelajar dari SMK Setiawangsa turut berjaya menghiburkan penonton. Selain itu, Persatuan Silat Daerah Lipis (PESAKA) telah mempamerkan kemahiran bersilat mereka.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.00 pagi setelah perarakan keluar kontinjen perbarisan selesai.

Gambar menarik seterusnya di http://pdtlipis.pahang.gov.my/...

Gambar menarik seterusnya di http://pdtlipis.pahang.gov.my/...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas