Berita

Rumah Rakyat Pahang (RRP) bantu golongan kurang berkemampuan miliki rumah

RMS

LIPIS, 07 Oktober 2020 - Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato' Mustapa Bin Long meninjau projek pembinaan Rumah Rakyat Pahang untuk penduduk yang kurang berkemampuan, En. Rosli Mat Yasin di Kampung Balik Gua, disini hari ini. Pada 18 Jun Lalu, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah melancarkan projek Rumah Rakyat Pahang di Chini bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri.

Menurut YAB Menteri Besar, sumber kewangan bagi pelaksanaan projek itu diperoleh daripada Tabung Perumahan Rakyat Pahang dengan jumlah tidak melebihi RM55,000 selain sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM10,000. Projek ini bagi membantu mereka yang belum memiliki rumah atau menggantikan rumah yang mempunyai struktur tidak selamat atau tidak ekonomik untuk dibaik pulih.

DUN Chini menjadi lokasi pertama pelaksanaan projek Rumah Rakyat kerana bekas Ahli Dewan Undangan Negerinya Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun adalah wakil rakyat pertama yang memohon projek itu dilaksanakan di kawasannya.

Sumber : FB Kerajaan Negeri Pahang

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas