Berita

Kerosakan kediaman akibat ribut

RMS

CHEKA 2, 1 Ogos 2018 – Satu kejadian bencana ribut telah berlaku di Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis yang melibatkan kerosakan empat buah rumah penduduk akibat dari bencana ribut tersebut. Penghulu Mukim Cheka 1 dan memangku Cheka 2, Encik Muhamad Faiz bin Abdullah dan Pengerusi JKKK Kampung Kuala Kenong Encik Abdul Rahman bin Bilal Endil serta penduduk kampung telah bersama-sama bagi membantu mangsa ribut yang terlibat.

Sehubungan dengan itu Penghulu Mukim, Encik Muhamad Faiz bin Abdullah memohon kerjasama segera dari pihak-pihak berkaitan seperti pihak Tenaga National Berhad (TNB), pihak PAIP Lipis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membantu mangsa-mangsa bencana ribut ini.

Rumah mangsa bencana ribut pertama yang dilawati ialah Encik Marzuki bin Amran. Rumah beliau telah dihempap pokok ara dan pokok manggis dan oleh kerana itu membuatkan rumah beliau rosak teruk. Sementara itu, Encik Abdul Malek bin Ismail berkata dalam bencana ribut ini rumah beliau telah dihempap oleh pokok getah berdekatan rumahnya.

Menurut Encik Ahmad bin Man pula rumah yang dihuni oleh beliau dan dua ahli keluarganya turut ditimpa bencana ribut ini membuatkan rumah mengalami kerosakan seperti meter elektrik rumah tercabut, sebuah kereta waja rosak, dan paip bekalan air ke rumah pecah akibat di hempap oleh pokok mempelam berdekatan rumahnya. Rumah mangsa terakhir adalah, Encik Abdul Rahman bin Abdullah juga turut menerima kerosakan kecil di bahagian atap akibat dihempap oleh pokok pinang kesan daripada ribut ini.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 33 kali.


Kembali ke Atas