Berita

Rancang sebelum terlambat

RMS

LIPIS, 5 September 2018 - Ceramah kesedaran berkaitan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Ceramah yang berlangsung kira-kira jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Nur Ariffin bin Mohamed, Eksekutif Pemasaran ASB Cawangan Temerloh. 

Antara objektif program ini adalah bagi memberi kesedaran dan keaedah untuk mengurus dan merancang kewangan secara komprehensif untuk mencapai matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. ASB dijemput bagi memperkenalkan unit amanah ASB sebagai instrumen pelaburan yang kompetetif bagi merangka pelan perancangan kewangan melalui aktivit seminar 360.

Sepanjang sesi soal jawab antara peserta dan penceramah, ceramah ini dilihat telah berjaya mencapai objektif. Ianya telah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan di kalangan peserta ceramah. 


Gambar menarik seterusnya di http://pdtlipis.pahang.gov.my/...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 41 kali.


Kembali ke Atas