Berita

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lipis mula dibuka

RMS

LIPIS, 3 JANUARI 2021 - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi daerah Lipis telah dibuka kira-kira jam 8.00 malam. Ini adalah kerana terdapat beberapa kawasan yang mengalami peningkatan aras air seterusnya mengakibatkan banjir di beberapa tempat sekitar daerah Lipis.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat bencana sebaik sahaja PKOB dibuka. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah ketua jabatan serta pegawai yang terlibat di dalam kerja-kerja menguruskan bencana.

Sehingga jam 4.00 petang, terdapat satu (1) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Budu, Benta. Sebanyak 11 keluarga telah dipindahkan ke PPS tersebut. Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Sebanyak dua (2) talian telefon telah dibuka iaitu 09-3121392 dan 09-3121478. Orang awam boleh menghubungi talian tersebut sekiranya ingin mendapatkan maklumat, memberi aduan dan sebagainya. Diharapkan talian ini tidak disalahgunakan supaya perkhidmatan dapat disampaikan kepada golongan yang memerlukan dengan segera. 


#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#PahangGo
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 27 kali.


Kembali ke Atas