Berita

Projek Rumah Banjir Kampung Beluan

RMS


LIPIS, 6 Jun 2018 - Pegawai Daerah Lipis, En. Hafizi bin Ibrahim dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, Bahagian Pembangunan Daerah, Puan Wan Azlida Binti Wan Muda  telah membuat lawatan ke Kampung Beluan, Kerambit bertujuan untuk melawat  tapak bagi Projek Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada pukul 3.30 petang. Lawatan itu turut disertai Penghulu Mukim Cheka 1 iaitu  Encik Faiz Bin Abdullah serta wakil JKR Lipis serta ketua – ketua kampung yang terlibat.

Tujuan lawatan tapak ini adalah bagi meninjau tahap kemajuan pembangunan fizikal projek di samping untuk melihat sendiri kualiti kerja yang dilaksanakan. Semasa lawatan dijalankan pihak JKR telah memberikan taklimat ringkas berkaitan perlaksanaan Projek Rumah Banjir yang sedang dilaksanakan di Kampung Beluan, Mukim Kerambit. Lawatan singkat tersebut telah berakhir kira – kira jam 5.00 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas