Berita

Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang 2019

RMS

LIPIS, 2 Disember 2019 - Satu Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang bersama Penjawat Awam Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis bagi Tahun 2019 telah diadakan di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang. Perhimpunan ini disertai seramai 412 orang dari 31 jabatan dan agensi kerajaan yang berkhidmat sekitar Daerah Lipis. 

Perhimpunan yang disiarkan melalui medium aplikasi Facebook Live ini adalah perhimpunan kali kedua seumpamanya sejak Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri menetapkan sasaran kutipan hasil untuk tahun 2020 adalah sebanyak RM744.02 juta.

"Untuk tahun 2020, saya bercadang hendak menaikkan sedikit sasaran kutipan hasil kepada 95 peratus daripada anggaran hasil pada tahun berkenaan.

"Pada akhir tahun 2018, saya telah menetapkan sasaran kutipan hasil tahun 2019 perlu mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus daripada anggaran hasil 2019," katanya ketika berucap pada Program Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 116 kali.


Kembali ke Atas