Berita

​Program Pahang Berdoa di daerah Lipis

RMS

LIPIS, 14 Oktober 2020 - Kira-kira 70 orang jemaah dari daerah Lipis telah datang bagi mengimarahkan suasana di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis bagi Program Pahang Berdoa. Program ini diadakan serentak oleh seluruh rakyat di Negeri Pahang samada di masjid, surau, maahad-maahad tahfiz, di asrama sekolah-sekolah, di rumah anak yatim dan dimana-mana sahaja.

Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dalam ucapannya menyeru kepada semua jemaah yang hadir supaya terus mengekalkan norma-norma baharu dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan agar wabak ini dapat dielakkan.
Program ini bertujuan supaya rakyat Negeri Pahang memohon kepada Allah SWT agar episod penularan wabak COVID-19 ini berakhir. Imam 1 Masjid Sultan Mahmud, Ustaz Azraie Bin Saballah telah mengimamkan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Hajat. Manakala bacaan Surah Yasin telah diketuai oleh Ustaz Faizal bin Kudus.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3 kali.


Kembali ke Atas