Berita

Kerosakan tanaman akibat serangan gajah liar

RMS

CHEKA 1, 10 Julai 2018 - Penghulu Mukim Cheka 1, Encik Mohamad Faiz bin Abdullah telah melawat kawasan tanaman getah yang rosak akibat daripada serangan gajah liar di TSB Mempelas, Kampung Talus. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pegawai Perhilitan Daerah Lipis, Pegawai Risda Daerah Lipis, Pengerusi JKKK Talus / Dala dan Pengusaha TSB serta penduduk kampung pada pukul 11.00 pagi.  Tanaman getah yang berkeluasan lebih kurang 6 ekar dilaporkan rosak akibat serangan gajah tersebut.

Hasil dari lawatan dianggarkan sebanyak  tiga ekor gajah liar dan gajah tersebut telah kembali ke Hutan Simpan Yong. Jumlah kerosakan pokok getah adalah sebanyak 300 batang. Tindakan awal disarankan agar  pengusaha TSB Mempelas memasang lampu LED di kawasan tersebut bagi mengelakkan gajah liar memasuki kawasan itu lagi dan pihak Perhilitan turut memantau lokasi tersebut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 39 kali.


Kembali ke Atas