Berita

Rancang perbelanjaan dengan berhemah

RMS

KUALA LIPIS, 2 April 2018 - Mesyuarat agung kali kedua bagi Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis (BAHARU) telah berlangsung pada jam 3 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Mesyuarat yang dihadiri oleh kakitangan yang merupakan ahli badan kebajikan itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lipis iaitu Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam antara lain membincangkan isu - isu berkaitan pembentangan dan pelaksanaan usul mesyuarat agung tahun 2017 yang dipengerusikan oleh YH Dato' A. Rahman bin Hamzah, DIMP., AAP., AMP., PKC. Mesyuarat turut dibentangkan laporan kewangan dan laporan biro seperti biro kebajikan, biro ekonomi, biro kebudayaan dan sosial dan biro sukan rekreasi.

Pengerusi turut mengingatkan supaya jawatankuasa membuat perancangan aktiviti dan kewangan yang terperinci supaya dana yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya kepada semua ahli badan kebajikan. Pengerusi telah menangguhkan mesyuarat kali kedua kira - kira jam 5 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 71 kali.


Kembali ke Atas