Berita

Perubahan waktu operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lipis

RMS

LIPIS, 25 April 2020 - Berikutan situasi terkini bilangan kes COVID-19 di Daerah Lipis yang telah bertambah baik,  waktu operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis akan dipendekkan dari beroperasi selama 24 jam kepada 7 jam iaitu bermula jam 10.00 pagi hingga ke 5.00 petang. 

Walau bagaimanapun Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis dan Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis masih beroperasi 24 jam. Orang ramai dinasihatkan jangan ambil mudah dan lakukan tindakan pencegahan seperti memakai topeng muka apabila keluar rumah, amalkan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan kerap cuci tangan dengan sabun atau "hand sanitizer".

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas