Berita

Pertandingan Gendang Ketawak dan 1001 Rasa Sambal Hitam

RMS

GUA, 25 Oktober 2018 -  Pertandingan Gendang Ketawak dan 1001 Rasa Sambal Hitam Tertutup daerah Lipis telah diadakan pada 25 Oktober 2018 sempena Karnival Lipis 2018. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Mukim Gua dengan kerjasama Pusat Masyarakat ADUN Padang Tengku, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis,Tourism Pahang dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan  Negeri Pahang.Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan  Wanita Negeri Pahang. Turut hadir, Pengurus Besar Tourism Pahang, YH Dato’Ishak bin Mokhtar.

 Pertandingan ini diadakan untuk memperkenalkan produk-produk kesenian dan kebudayaan Daerah Lipis iaitu Seni Gendang Ketawak kepada masyarakat tempatan dan luar, khususnya kepada generasi muda. Selain itu, pertandingan ini juga turut memperkenalkan dan mempromosikan makanan tradisional  dari daerah Lipis melalui pertandingan memasak 1001 Rasa Sambal Itam.  Pertandingan Gendang Ketawak telah disertai oleh 7 kumpulan, manakala Pertandingan 1001 Rasa sambal Hitam disertai oleh 10 kumpulan menyertai  .

Pasukan Gendang Ketawak Perba Jelai Bukit Kota telah menjuarai Pertandingan Gendang Ketawak. Manakala, pasukan Gendang Ketawak Perba Jelai Bukit Betong dan Gendang Silat Warisan Lipis masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga. Seterusnya, bagi pertandingan memasak 1001 Rasa Sambal Itam, pasukan  wanita dari Kampung Relong mendapat tempat pertama. Manakala, pasukan Wanita Cawangan Gua dan WI Kampung Gua masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas