Berita

Persediaan menghadapi PRU-14

RMS

KUALA LIPIS, 2 April 2018 - Taklimat Pengukuhan Sistem Penjumlahan Rasmi Undi Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan pada jam 2 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini melibatkan petugas yang bertugas sebagai kerani pilihanraya, kerani parlimen, kerani DUN dan kerani pegawai pengurus. SPR Pahang sebagai urusetia telah hadir bagi mengendalikan taklimat. Taklimat yang berlangsung selama 2 jam ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lipis iaitu Tuan Mohd Hafizi bin Ibrahim, AAP.

Taklimat pengukuhan ini adalah taklimat pengukuhan sebagai persediaan kepada kerani yang bertindak sebagai petugas pada hari pilihanraya ke-14. Sepanjang taklimat, petugas turut didedahkan simulasi cara penjumlahan undi menggunakan sistem oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya petugas lebih faham apabila berhadapan dengan situasi sebenar.

Taklimat ini melibatkan empat kawasan daerah iaitu Lipis, Raub dan Jerantut dan Cameron Highlands. Pengerusi turut mengingatkan petugas supaya bersedia dari segi mental dan fizikal apabila Parlimen dibubarkan. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 76 kali.


Kembali ke Atas