Berita

Persediaan menghadapi banjir di dalam norma baharu

RMS

LIPIS, 29 Disember 2020 - Taklimat Norma Baharu Persediaan Menghadapi Banjir Daerah Lipis bagi tahun 2020/2021 telah diadakan di Dewan Residen, Kuala Lipis. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nor Atiqah binti Mat Yunus iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Daerah) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Polis Diraja Malaysia (Bencana Banjir dan Nasihat Polis), Pegawai Kesihatan Daerah Lipis (Norma Baharu di Pusat Penempatan Sementara Banjir), Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Lipis (Panduan Keselamatan Banjir) dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis (Taklimat Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara).

Turut hadir di dalam taklimat ini adalah Puan Rabiatul Adawiyah binti Mat Dahan iaitu Penolong Pegawai Daerah (Unit Pembangunan Fizikal), Penghulu Mukim di Daerah Lipis serta Pengerusi JKKK, JKKKB, dan JPKKOA. Taklimat ini diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#PahangGo
#PejabatDaerahdanTanahLipis
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas