Berita

Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

RMS

LIPIS, 10 Disember 2020 - Perhimpunan bulan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di perkarangan pejabat. Perhimpunan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu "Allah Selamatkan Sultan Kami" dan Lagu Perkhidmatan Awam yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh pegawai dan kakitangan jabatan.

YH Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis telah menyampaikan amanat kepada semua berkaitan prestasi serta pencapaian jabatan sepanjang tahun 2020. Menurutnya, walaupun tahun 2020 ini negara menghadapi pandemik COVID-19 tetapi pencapaian jabatan adalah sangat cemerlang. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan di atas usaha yang ditunjukkan bagi mencapai kecemerlangan bagi tahun 2020.

Dalam majlis itu, YH Dato' telah mengumumkan pertukaran seorang Penolong Pegawai Daerah iaitu Puan Asrazitah binti Abd Razak yang akan bertukar ke PDT Kuantan. Kakitangan turut diperkenalkan dengan seorang Penolong Pegawai Tadbir iaitu Encik Abdul Basit bin Abdul Rahman dan dua orang Pembantu Tadbir (Kewangan) lantikan kontrak iaitu Encik Mohd Syuzairi bin Shahrir dan Cik Nor Hafizah binti Abdul Karim. 

Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan 10 telah disampaikan oleh YH Dato Pegawai Daerah kepada Encik Tajorahim bin Mat Atan, Penghantar Notis dari Unit Pendaftaran.


#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PerkhidmatanBerteraskanPencapaian
#PejabatDaerahdanTanahLipis

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 19 kali.


Kembali ke Atas